Home AM Semua agensi peneraju perlu lebih cakna dengan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) – GIACC
AM

Semua agensi peneraju perlu lebih cakna dengan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) – GIACC

26 Januari 2022 – Susulan daripada penurunan kedudukan dan skor negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diumumkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri berkata bahawa pihaknya akan memberi perhatian kepada cadangan-cadangan yang telah dikemukakan.

Dalam satu kenyataan semalam, GIACC berkata bahawa semua agensi peneraju perlu lebih cakna dengan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

“GIACC sebagai penyelaras dengan kerjasama agensi-agensi peneraju akan terus mempergiatkan gerakan pelaksanaan inisiatif-inisiatif dalam enam bidang keutamaan yang dinyatakan dalam NACP.

GIACC yakin bahawa pelaksanaan penuh inisiatif-inisiatif yang terkandung dalam NACP secara agresif dan drastik akan memberi manafaat secara menyeluruh dalam menginstitusikan tadbir urus baik, integriti dan antirasuah di samping mampu memberi impak kepada kedudukan Malaysia dalam penilaian CPI pada masa akan datang.” katanya.

GIACC juga akan meneliti secara menyeluruh syor-syor yang telah dikemukakan oleh pihak TI-Malaysia dan akan terus komited dalam memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif yang terkandung dalam NACP dilaksanakan, selaras dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keberkesanan dalam perkhidmatan awam.

“Penurunan skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI bagi tempoh dua tahun berturut-turut merupakan satu perkara yang amat serius dan boleh memberi impak negatif kepada ekonomi negara.

Justeru, komitmen daripada semua amat penting dalam memastikan pelaksanaan NACP ke arah mencapai matlamat Keluarga Malaysia yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMHari MalaysiaHighlightsMerdekaMY LNA

Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tonton secara langsung Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia...