26 Januari 2022 – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju memuktamadkan keputusan mengenai agihan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAN, DAP dan Amanah semasa pilihanraya Negeri Johor nanti.
Kata PH dalam satu kenyataan media hari ini, PH akan meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuklah Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
“Hal ini akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani pilihanraya Negeri Johor yang akan datang.
“Sungguhpun ada pandangan berbeza berkaitan dengan permintaan Parti Keadilan Rakyat mengenai penggunaan logo, Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju untuk menghormati hasrat Parti Keadilan Rakyat bahawa logo Pakatan Harapan akan digunakan dan
KEADILAN pula akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat untuk pilihanraya Negeri Johor.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menulis kepada SPR agar kuasa surat watikah penamaan calon Pakatan Harapan diserahkan kepada Sdr Lim Guan Eng dan Sdr Mohamad bin Sabu.” kata PH.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang