Home Politik Akar Umbi UMNO Sudah Lama Sedar Hasrat Sebenar PPBM – Najib
Politik

Akar Umbi UMNO Sudah Lama Sedar Hasrat Sebenar PPBM – Najib

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akar umbi UMNO sudah lama sedar niat dan hasrat sebenar PPBM adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya.

Kata bekas Presiden UMNO itu, ia sejak rakaman audio ‘scheme of things’ terbongkar di mana Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan rancangan untuk sogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Jadi dengan pengakuan umum parti PPBM semalam, saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang masih inginkan kita bekerjasama dengan PPBM akan hentikan usaha mereka.

“Kawan-kawan dalam Muafakat (Muafakat Nasional) yang masih seru kita untuk menerima PPBM pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi,” tegas Perdana Menteri Keenam itu dalam satu hantaran di Facebook.

Najib memberi reaksi demikian mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan PPBM Johor Mohd Solihan Badri yang berkata alasan Presiden partinya Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana fokus mahu menamatkan dominasi BN dan menamatkan riwayat UMNO.

Seterusnya tambah Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, UMNO tak faham kenapa perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat PPBM untuk tamatkan UMNO.

“Itu ‘giler’,” bidasnya lagi. – UMNO ONLINE

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

MY LNAPolitik

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 – Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang...

MY LNAPolitik

Pandangan Annuar Musa dangkal

16 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPolitik

Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

11 April 2023 – Rancangan podcast Keluar Sekejap episod “KWSP, Isu Laut...