Home LUAR BANDAR Pembabitan Guru KEMAS dalam politik tidak timbulkan masalah
LUAR BANDARPolitik

Pembabitan Guru KEMAS dalam politik tidak timbulkan masalah

GUA MUSANG, 24 Januari 2022 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan bahawa kebenaran kepada guru-guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS terbabit dalam politik adalah bersifat mengembalikan semula peraturan lama. Maka ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

“Guru KEMAS dan juga Penyelia KEMAS, mereka bukan kategori DG, mereka di bawah KEMAS seperti Perdana Menteri sebut dibolehkan.

Guru kemas tiada masalah dari dahulu (terlibat dalam politik), tetapi zaman PH (Pakatan Harapan) dia keluarkan satu pekeliling, sekarang bukan zaman PH, macam dahulu baliklah sebenarnya.” kata Mahdzir dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu.

“Sebenarnya dari dahulu guru-guru boleh terlibat dengan politik, di zaman Pakatan Harapan, dia keluarkan Pekeliling dia hentikan terus kalau siapa yang pegang jawatan akan ambil tindakan, sedangkan dahulu tidak ada macam itu.

Kalau sebut parti politik, maksudnya aktif dalam semua parti politik, ada yang jadi kerajaan dan ada yang jadi pembangkang.” katanya.

Kebenaran itu bagaimanapun sedikit berlainan dengan guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM, yang mempunyai struktur perjawatan yang membabitkan jawatan diperingkat pengurusan.

“Maksudnya guru-guru yang tidak memegang jawatan pengurusan, guru-guru ini adalah paling ramai sekali adalah dari DG41, akan naik hingga ke DG54 dan ke Jusa, dalam perkhidmatan guru tidak banyak yang boleh naik hingga ke Jusa sebab tidak banyak perjawatan itu, jadi dia akan berhenti di DG54.

Tetapi kalau DG54 dia jadi PPD (Pegawai Pendidikan Daerah) atau Pengetua Sekolah atau bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri, itu ada masalah sikit kalau nak pegang jawatan dalam politik sebab dia ada jawatan yang dia pegang,” jelas Mahdzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPolitik

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun – Formula ‘menang-menang’ bagi agihan kerusi Pilihan Raya...

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

HighlightsMY LNAPolitik

AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN

ALOR SETAR, 4 Jun 2023 – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...