Luar Bandar @ My LNA

JAMBATAN BAHARU SIAP, DUA RIBU PENDUDUK KG. PEMBERIAN, KUALA KRAI BEBAS DARI TERPUTUS HUBUNGAN SETIAP KALI BANJIR MELANDA

237

KUALA KRAI, 24 Januari 2022 – Dua ribu penduduk di sekitar Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan, menarik nafas lega apabila jambatan baharu kampung itu siap pembinaannya pada hujung tahun 2020.

Jambatan yang dibina dengan kos RM28.6 juta itu bagi menggantikan jambatan lama yang tidak selamat dan sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh menyebabkan penduduk terputus hubungan.

Ia mula dibina pada tahun 2016 dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, Datuk Nik Mohammad Abduh Nik Aziz.

Terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 1 kilometer dari Simpang Jalan Utama Kuala Krai-Gua Musang dari Kg. Manjor ke Kg. Pemberian, jambatan sepanjang 240 meter itu akan memudahkan perhubungan dan keselamatan penduduk sekitarnya.

“Jambatan ini dinaikkan ketinggiannya sedikit daripada jambatan yang lama dan InshaAllah kalau banjir besar melanda ianya tak akan sampai ke paras jambatan ini berdasarkan jangkaan dan perkiraan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” jelas Mahdzir dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Penduduk kampung terbabit sebelum ini sering terputus hubungan setiap kali banjir melanda di musim tengkujuh yang menenggelamkan jambatan besi yang dibina rendah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...