AMBanjir @ My LNABerita @ My LNABM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNALuar Bandar @ My LNA

JAKOA Johor telah serah wang BPR kepada 45 Orang Asli Kampung Labong

436

Mersing, 2 Januari 2024 – Susulan aduan penduduk Orang Asli Kampung Peta dan Kampung Labong, Mersing yang mendakwa tidak menerima Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Mersing melalui semakan kerosakan rumah akibat banjir oleh JKR Mersing.

Menurut Pengarah JAKOA Negeri Johor Faisal Long, JAKOA dengan bantuan Pejabat Daerah Mersing mengambil tindakan segera menyerahkan wang BPR sebanyak RM2,500 kepada 45 penduduk Orang Asli Kampung Labong bagi menyelesaikan salah faham berkenaan.

Wang BPR berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah Mersing dengan dibantu kakitangan JAKOA di pejabat JAKOA Daerah Mersing pada 28 Disember lalu.

Selain itu, mangsa banjir yang menerima bantuan BPR dari Pejabat Daerah Mersing sebelum ini yang kurang daripada jumlah ditetapkan sebanyak RM2,500 juga menerima pembayaran tambahan.

Dalam pada itu, pembayaran BPR untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Peta akan dilaksanakan segera sebaik laluan ke kampung berkenaan yang ditutup akibat banjir dibuka semula.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...