Kenyataan Media

KPLB perlu pinda dasar lapuk bagi percepatkan proses kerja dan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat

218

GUA MUSANG, 24 Januari 2022 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa beberapa dasar diperingkat agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, yang tidak lagi sesuai dengan situasi masa kini perlu dipinda. Katanya pindaan itu perlu bagi mempercepatkan proses kerja dan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

“Macam yang saya katakan dalam ucapan saya, yang utama adalah untuk kesejahteraan rakyat dari segi pembangunan ekonomi keluarga, dari segi pembangunan keusahawanan dan dari segi perniagaan dalam komuniti.

“Kita semua memikirkan bahawa untuk seterusnya dasar dan pembangunan wilayah perlulah disesuaikan dengan zaman IR 4.0 iaitu zaman digital, ada beberapa perkara nak ditambahbaik dasar agensi yang ada dibawah KPLB.” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, di Dewan Datuk Ariffin Said di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri 1, KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri 2 KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengerusi KESEDAR, Datuk Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KESEDAR sebelum itu, Mahdzir menyebut agensi di bawah KPLB perlu meminda dasar lapuk yang menghalang pelaksanaan sesuatu gerak kerja sehingga menyukarkan penyelesaian masalah rakyat. Tegasnya dasar dan amalan lapuk itu sama ada perlu diganti atau dipinda untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Mengulas pencapaian KESEDAR sepanjang 40 tahun penubuhannya, Mahdzir berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan program pembangunan yang dilaksanakan.

“Lebih kurang 40 tahun KESEDAR membangunkan masyarakat di sini, ada kejayaan besar yang telah KESEDAR lakukan.

Yang penting bagaimana kita hendak menentukan sejauhmana dua mandat KESEDAR iaitu Mandat Keusahawanan dan Mandat Kesejahteraan Rakyat dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya,” jelas Mahdzir.

Pada majlis itu, Mahdzir turut melancarkan Pelan Strategik Pendigitalan KESEDAR 2021-2025 dan menyampaikan Sijil Penghargaan Sukarelawan Banjir KESEDAR seramai 150 orang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...