Luar Negara @ My LNA

Kerangka Dasar Luar Negeri yang bertajuk “Focus in Continuity: A Framework for Malaysia’s Foreign Policy in a Post-Pandemic World” dilancarkan

297

7 Disember 2021 – Pelancaran Kerangka Dasar Luar Negeri yang bertajuk “Focus in Continuity: A Framework for Malaysia’s Foreign Policy in a Post-Pandemic World” telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Hotel Le Méridien, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Menurut Wisma Putra, Kerangka tersebut mencerminkan hasrat Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan dasar luar sedia ada diperkemaskan supaya ia sentiasa sejajar dengan perkembangan global dan tuntutan semasa, terutamanya cabaran yang timbul daripada pandemik COVID-19.

“Oleh itu, pendekatan dan penekanan yang baharu telah diberikan kepada isu-isu berikut iaitu Menggiatkan Semula Hubungan Malaysia Di Dalam Ekonomi Global (Revitalise Malaysia’s Links to the Global Economy); Diplomasi Kesihatan (Health Diplomacy); Ekonomi Digital (Digital Economy); Keselamatan Siber (Cybersecurity); Diplomasi Kebudayaan (Cultural Diplomacy); Falsafah Hidup Bersama Dalam Budaya Damai (Peaceful Coexistence); Mendukung Prinsip Multilateralisme (Upholding Multilateralism); dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals 2030 – SDGs).” kata Wisma Putra.

Tambah Wisma Putra, proses penggubalan Kerangka ini telah melibatkan penggemblengan idea, usaha dan tenaga pelbagai pihak, termasuk Kementerian / agensi Kerajaan, ahli-ahli CCFP, ahli-ahli Parlimen, serta wakil dari bidang akademik, perniagaan dan masyarakat madani.

“Pendekatan ini adalah selaras dengan pendekatan terbuka dan bersifat perundingan (syura) yang menunjangi pendekatan yang diamalkan oleh YB Menteri Luar Negeri di dalam proses penggubalan dan pengendalian dasar luar negeri.” katanya.

Majlis Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Menteri Luar Negeri , Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamarudin Jaffar, ahli-ahli Parlimen termasuk anggota Jawatankuasa Pilihan Parlimen Hal Ehwal Antarabangsa, Ketua Setiausaha serta pengurusan tertinggi Kementerian Luar Negeri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia, ahli-ahli Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP), serta wakil daripada masyarakat madani (CSO) dan pemimpin pelajar.

Kerangka ini boleh diakses di laman web KLN di https://fpm.kln.gov.my/.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNALuar Negara @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kita dan Baitulmaqdis

Oleh: Rusli Abdul Roni Firman Allah yang bermaksud: Di antara orang-orang yang...

BernamaBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNALuar Negara @ My LNA

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Ekonomi @ My LNALuar Negara @ My LNA

Nilai bantuan bina baharu dan baik pulih Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) dinaikkan

KUALA LUMPUR, 12 Sepember 2022 – Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Pembangunan Luar...