Kenyataan Media

PERSIDANGAN AARDO KE-20 PLATFORM PERBINCANGAN BANTU MASYARAKAT LUAR BANDAR PASCA COVID-19

179

KUALA LUMPUR 8 DISEMBER 2021 – Malaysia mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, aspek pembangunan ekonomi luar bandar menjadi elemen penting dalam pemulihan masyarakat yang terkesan dengan pendemik COVID-19.

“Ini termasuk pengenalan dan latihan kepada penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian,pemerkasaan latihan dalam ekonomi digital, kerjasama dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan luar bandar selain pemerkasaan kepimpinan belia dan wanita luar bandar.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena Persidangan African-Asian Rural Development Organization (The 20th Conference of AARDO) secara dalam talian semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Persidangan tahunan di peringkat Menteri ini diadakan bagi membincangkan isu-isu penbangunan luar bandar dan hubungan kerjasama dalam kalangan negara anggota AARDO daripada benua Afrika dan Asia.

Pada persidangan kali ini, Malaysia turut menyerahkan jawatan Pengerusi AARDO kepada Kerajaan Ghana selepas menerajui pertubuhani tu selama 3 tahun mulai 2018 sehingga 2021.

Sepanjang tempoh sebagai Pengerusi AARDO, Kerangka Pelan Strategik 2021 hingga 2030 telah diperkenalkan oleh Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa beliau selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah ketika mempengerusikan Persidangan AARDO Ke-19 pada tahun 2018 yang telah diadakan di KualaLumpur.

Selain itu,seramai 2,700 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti pembangunan sumber manusia seperti kursus dan latihan, perkongsian pakar dan juga khidmat nasihat.

AARDO juga turut memperkenalkan latihan secara atas talian selepas wabak COVID-19 melanda dunia.

“AARDO boleh memainkan peranan lebih aktif untuk membantu negara negara ahli dalam usaha pemulihan pasca COVID-19,” kata Mahdzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...