Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Model borong 5G akan diputuskan kerajaan selewatnya sebelum Januari 2022

99

Kuala Lumpur, 7 Desember 2021 – Keputusan muktamad mengenai model borong tunggal untuk pelancaran rangkaian 5G menjelang Januari 2022 akan ditentukan kabibet selepas menerima maklum balas daripada syarikat telekomunikasi dan pemain industri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa berkata, perbincangan sama ada menggunakan 5G melalui sistem rangkaian borong tunggal (SWN) atau mempunyai beberapa sistem untuk membolehkan beberapa persaingan akan ditentukan oleh kabinet.

Menurut beliau, buat masa ini Digital Nasional Bhd (DNB) akan meneruskan rancangannya untuk menyampaikan perkhidmatan 5G melalui SWN.

“Kabinet sedang mendapatkan pandangan kedua atau pandangan daripada pemain industri mengenai perkara itu. Kami akan melihat kelebihan dan kekurangan kedua-dua model itu,” katanya kepada media di Majlis Menandatangan Perjanjian Usaha sama di antara CS Cloud Sdn Bhd dan Cloocus Co. Ltd yang berlansung semalam.

Jelasnya, DNB telah ditubuhkan oleh kerajaan pada Februari untuk membina dan mengurus rangkaian 5G. Buat masa ini DNB menawarkan perkhidmatan borong 5G kepada semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di negara ini bermula bulan ini tanpa sebarang kos.

Annuar turut berkata bahawa fasa pertama tawaran itu terpakai untuk semua tapak langsung 5G yang akan siap di seluruh Putrajaya, Cyberjaya dan bahagian tertentu di Kuala Lumpur. Menjelang tahun hadapan pelancaran akan ditumpukan ke kawasan berpenduduk lain termasuk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak sebagai fasa kedua. Kerajaan turut menyasarkan untuk mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk di negara ini dalam tempoh tiga tahun.

Mengenai usaha sama antara CS cloud dan Cloocus, Annuar berkata ia akan meningkatkan kerjasama dan peluang perniagaan dalam ekonomi digital. Katanya lagi, perkongsian tersebut dapat menjadi contoh dan contoh kepada syarikat lain dan akan diperluaskan untuk merangkumi sektor lain yang akan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan, katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member