BernamaBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNALuar Negara @ My LNA

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

254

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyeru semua pihak menghentikan sebarang tindakan yang akan meningkatkan konflik ekoran pembunuhan timbalan ketua kumpulan Hamas, Saleh Arouri di Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

“Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan dan mengambil langkah segera meredakan ketegangan di rantau itu,” kata jurucakap PBB, Florencia Soto Nino pada sidang media.

PBB merayu kepada semua anggota masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang terdaya bagi mencegah peningkatan konflik, kata Nino.

“Kami tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya,” kata beliau.

Arouri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh, selatan Beirut.

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu.

Kumpulan Palestin itu mengesahkan Arouri dan dua komander sayap Briged Qassam maut dalam serangan terbabit.

Arouri perupakan pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh Israel sejak tercetusnya konflik 7 Okt lepas di Gaza.

Sekurang-kurangnya 22,185 rakyat Palestin telah terbunuh dan 57,035 cedera setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

— BERNAMA-ANADOLU

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...