Ekonomi @ My LNA

Lanjutan Moratorium TMPSKM Selama Tiga Bulan Bagi Koperasi – MEDAC

147

PUTRAJAYA, 22 Julai 2021– Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melanjutkan tempoh kemudahan moratorium sehingga tiga bulan di bawah Pelan Pemulihan Negara 3.0 (PPN 3.0) bagi membantu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas.

Dalam satu kenyataan media hari ini, MEDAC memaklumkan bahawa kemudahan moratorium PPN 3.0 ini adalah tambahan kepada kemudahan moratorium PKP 3.0 yang ditawarkan sebelum ini bagi tempoh selama tiga bulan bermula pada bulan Jun hingga Ogos 2021 yang telah diumumkan di bawah inisiatif PEMERKASA Plus.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sebanyak 127 buah koperasi dengan 255 akaun pembiayaan di bawah TMPSKM yang telah diluluskan moratorium PKP 3.0 sebelum ini dengan anggaran kos RM8.3 juta akan diberikan perlanjutan tambahan secara automatik di bawah PPN 3.0 selama 3 bulan lagi. Kutipan bayaran balik bagi pembiayaan ini hanya akan dibuat mulai bulan Disember 2021.

“Tawaran penangguhan pembayaran selama enam bulan ini juga dibuka kepada permohonan pembiayaan TMPSKM baharu yang dikemukakan sehingga 31 Julai 2021 dengan kutipan bayaran balik hanya akan bermula pada bulan Januari 2022”.

“Proses permohonan baharu bagi kemudahan moratorium PPN 3.0 telah dipermudahkan di mana koperasi yang layak hanya perlu mengemukakan permohonan rasmi daripada koperasi, Penyata Terimaan dan Bayaran serta penyata bank bagi tempoh tiga bulan secara atas talian” katanya.

Tambah beliau, tawaran moratorium adalah berbentuk volantorally di mana, impak penangguhan pada masa kini akan menyebabkan perlanjutan dalam tempoh pinjaman. Koperasi perlu bersetuju untuk pemanjangan tempoh pinjaman berikutan permohonan moratorium. SKM tiada hak untuk memanjangkan tempoh pinjaman tanpa persetujuan dari koperasi.

“Sehubungan itu, koperasi perlu mengemukakan permohonan untuk kemudahan moratorium berkenaan sebagaimana dilaksanakan oleh bank-bank kepada individu dan sme di bawah tawaran moratorium PEMULIH”.

Kaedah pemberian moratorium PPN 3.0 ini selari dengan kaedah moratorium automatik yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu pelaksanaan penangguhan bayaran adalah melalui cek dan standing instruction (SI) bank koperasi.

Kenyataan yang sama turut menyatakan bahawa koperasi memerlukan surat kelulusan untuk menghentikan SI tersebut, dan pihak SKM tidak ada kuasa untuk menghentikan SI bank koperasi. Melalui permohonan yang dibuat oleh koperasi, SKM akan mengeluarkan surat kelulusan untuk kegunaan koperasi bagi menghentikan bayaran SI. Bayaran SI adalah kaedah yang wajib digunakan oleh koperasi untuk dibuat bayaran balik.

“Kemudahan moratorium PPN 3.0 ini ditawarkan kepada semua koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan TMPSKM. Walau bagaimanapun, koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan bagi aktiviti kredit, kelulusan moratorium PPN 3.0 ini tertakluk kepada koperasi yang menawarkan kemudahan moratorium kepada anggota-anggota koperasi”.

“MEDAC menjangkakan kemudahan moratorium tambahan tiga (3) bulan di bawah PPN 3.0 ini akan memanfaatkan kepada 1,053 koperasi dengan anggaran penangguhan pembiayaan berjumlah RM92.4 juta,” tambah beliau lagi.

MEDAC dan SKM akan terus komited dalam membantu menyediakan kemudahan khidmat nasihat dan bantuan perundingan secara berterusan kepada koperasi- koperasi yang memerlukan perundingan, menerusi talian/emel seperti berikut; MEDAC (Pusat Sehenti Keusahawanan) : Hotline 1-300-88-1020 / korporat@medac.gov.my atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) : Hotline 011-14736471 / mora3.0tmp@skm.gov.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...