AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Portal Rasmi Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Dibangunkan – JaPen

868

PUTRAJAYA 22 Julai 2021 – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) selaku Urus Setia Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2021 telah membangunkan satu laman khas iaitu www.merdeka360.my sebagai portal rasmi sambutan pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan media semalam, JaPen memaklumkan portal itu berperanan sebagai pusat sehenti  dalam menyampaikan informasi berkaitan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 meliputi maklumat seperti siaran media dan teks ucapan serta bahan promosi seperti logo.

“Portal tersebut turut digunakan bagi menyampaikan maklumat mengenai aktiviti sempena sambutan HKHM 2021 anjuran syarikat berkaitan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat swasta selain memaklumkan senarai program, pertandingan dan acara khas HKHM 2021 yang akan berlangsung” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Japen turut mengadakan hebahan maklumat di media sosial melalui akaun Facebook, Instagram dan Twitter di @merdeka360. 

Menurut JaPen, semua saluran ini merupakan platform rasmi yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan orang awam seterusnya bersama-sama membantu menyebar luas program dan acara HKHM 2021”.

“Penganjuran program-program dan acara-acara ini juga secara tidak langsung dapat menyemarakkan serta menggelorakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...