AM

55,000 Pekerja Binaan Akan Terima Vaksinasi – Fadilah Yusof

175

22 Julai 2021 – Kementerian Kerja Raya akan memulakan fasa 2 Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) melibatkan pekerja binaan di Pulau Pinang dan Johor.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof berkata, seramai 30,000 orang dari Pulau Pinang dan 25,000 orang akan terlibat dalam fasa 2 yang akan bermula pada 5 Ogos ini.

Beliau menambah, bagi negeri Pahang pula, pendaftaran akan dibuka 25 Julai ini melibatkan 20,000 orang pekerja binaan manakala di Sabah pula pada 31 Julai ini melibatkan 20,000 orang pekerja binaan.

“CIVac Fasa 1 telah bermula sejak 1 Julai di Kuala Lumpur dan Selangor dengan jumlah sasaran pemberian vaksin kepada 40,000 pekerja sektor pembinaan warga asing dan tempatan. Sehingga 20 Julai, seramai 24,106 pekerja iaitu 60.26% daripada jumlah pekerja yang telah berdaftar dengan program CIVac, telah menerima dos pertama vaksin tersebut”, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah kementeriannya sedang memohon peruntukan vaksin tambahan daripada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) untuk 300,000 pekerja binaan.

“Ini termasuk vaksin tambahan untuk 65,000 pekerja binaan di Kuala Lumpur dan 30,000 di Selangor.    Penambahan kuota vaksin akan terus dipohon berdasarkan permintaan semasa oleh industri pembinaan”, ujar Fadillah lagi.  

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak akan disediakan oleh CIDB sekiranya terdapat permintaan untuk kemudahan tersebut.

Pihak yang terlibat dengan industri pembinaan boleh menghubungi talian 03-40428880, emel: vaksin@cidbh.com.my atau layari https://vaccine.cidblink.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...