AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Jangan Terpedaya Dengan Jualan Murah – MCMC

236

23 Julai 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak terpedaya dengan sebarang gimik jualan murah yang terdapat di dalam Internet.

SKMM dalam kenyataan media memaklumkan kebanyakan produk ini dijual dari laman sesawang atau aplikasi tidak berdaftar di dalam negara dan ia tidak tertakluk kepada akta di dalam Malaysia.

“Sesetengah produk yang dipromosikan di platform tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama. Pengguna juga akan menghadapi masalah untuk mendapatkan hak pengguna dari platform berkenaan jika kualiti produk yang telah dibeli melalui gimik jualan murah tersebut gagal memenuhi jangkaan yang dikehendaki oleh pengguna” ujar suruhanjaya tersebut dalam kenyataan hari ini.

SKMM menyarankan orang ramai untuk  lebih bijak dalam menilai jualan dan promosi di platform e-dagang serta berwaspada dengan platform yang digunakan ketika melakukan transaksi.

“Orang ramai perlu meneliti syarat-syarat perkhidmatan dan polisi yang berkaitan dengan pembayaran balik dan pampasan yang ditetapkan oleh penyedia platform e- dagang, bagi melindungi diri daripada terdedah kepada risiko yang tidak diingini”, ujar suruhanjaya tersebut lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...