SEMASA UTAMA z10

COVID -19 : Jumlah kes baharu adalah 6,276

30 Jun 2021 –  Sehingga hari ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,276 kes.

Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,836 kes dikuti Kuala Lumpur (625), Kelantan (159), Sarawak (376), Negeri Sembilan (644) dan Johor (299).

Selain itu, Kedah merekodkan 226 kes, Pulau Pinang (131), Pahang (210), Terengganu (20), Perak (137), Melaka (223), Sabah (242), Labuan (132) dan Putrajaya (11). Sementara itu Perlis mencatat 5 kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 751,979.