AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

313

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu sebuah premis di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah yang disyaki dijadikan stor haram tempat menyimpan dan mengedar gas petroleum cecair (LPG) pada 5 Mei yang lalu.

Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, serbuan telah dibuat setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai berat isipadu gas yang disyaki kurang daripada berat isipadu gas yang sepatutnya.

“Pemeriksaan ke atas premis tersebut mendapati, terdapat 675 unit tong gas yang berisi dengan tong kosong pelbagai jenama ditemui di dalam dua buah lori dan rak yang berada dalam premis tersebut. Hasil pemeriksaan awal, premis tersebut tidak mempunyai lesen borong atau runcit yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Penguat kuasa KPDN telah menyita 94 unit tong gas pelbagai jenama berkapasiti 14kg dan 12kg, sebuah lori serta beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di premis yang tidak dilesenkan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM23,000.00. Seorang lelaki warga tempatan berumur 42 tahun yang juga pemilik kepada premis berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.” kata Armizan.

Justeru, KPDN memberikan amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Katanya, mana mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta 122 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi syarikat sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

“Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613] iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan gas petroleum cecair.

Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.” kata Armizan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...