AMBM @ MY LNAKanak-kanak @ My LNAKomuniti @ My LNA

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) perkukuhkan program pencegahan di peringkat akar umbi

88

BANGI 8 Mei 2024 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Rabu, telah menerima seramai 168 orang pegawai pelbagai skim (Kontrak) dalam Majlis Lapor Diri bagi Pelantikan Baharu Pelbagai Skim Perkhidmatan di Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, (JPKK) bertempat di Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP).

Melalui fasa pertama penubuhan JPKK, seramai 169 perjawatan pelbagai skim perkhidmatan dan gred (kontrak) telah diluluskan melalui kaedah pertukaran slot.

“Di antaranya, seramai 145 orang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ditempatkan di semua JKM Negeri/ Wilayah Persekutuan termasuk 105 orang ditempatkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan bagi mengetuai JPKK Daerah, dan seramai 24 orang pegawai dan kakitangan kontrak yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred ditempatkan di Ibu pejabat JPKK dan JKM Negeri/Wilayah Persekutuan.

KPWKM amat positif dengan penubuhan JPKK dan pertambahan jawatan kontrak pelbagai skim perkhidmatan dan gred akan memantapkan perjawatan sedia ada dan memperkukuhkan program pencegahan di peringkat akar umbi yang melibatkan komuniti setempat serta jentera Kementerian di lapangan iaitu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak serta Pembantu Pelindung yang akan menjadi mata dan telinga serta bertindak mengikut peruntukan perundangan di bawah Akta Kanak- Kanak 2001.” kata KPWKM.

Tambahnya lagi, dengan penubuhan JPKK, JKM dapat memberikan fokus yang khusus dan menjalankan tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkhidmatan kepada kumpulan sasar kanak-kanak iaitu melalui perkhidmatan luar di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri dan Daerah serta perkhidmatan institusi kanak-kanak.

“Kementerian melalui JKM telah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan KanakKanak. Pada tahun 2024, Kementerian menyasarkan program ini dilaksanakan di tiga ratus (300) buah sekolah melibatkan kerjasama Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK). Selain itu, KPWKM turut meletakkan sasaran untuk melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara 2025 – 2030 pada tahun ini.

KPWKM melalui JKM sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan yang disediakan kepada golongan sasar terutamanya kanak-kanak yang merupakan pewaris pentadbiran negara selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan juga selaras dengan komitmen Malaysia yang telah meratifikasi instrumen antarabangsa iaitu Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) yang telah dilaksanakan pada 17 Februari 1995. “Bersama kita lindungi dan sayangi kanak-kanak”.” ujar KPWKM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...