Politik @ My LNA

Persidangan Parlimen secara hibrid : Beberapa akta perlu dipinda – Dr. Wan Junaidi

75

19 JUN 2021 – Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau menyokong usaha agar parlimen bersidang semula mengikut kaedah norma baharu namun terdapat beberapa akta yang perlu dipinda sekiranya mahu diadakan persidangan secara maya atau separuh maya.

“Saya menyokong dan mengalu-alukan usaha agar parlimen bersidang semula dengan mengikut prosedur SOP yang ditetapkan oleh MKN.

Walaubagaimanapun, kita masih tertakluk dengan akta-akta di dalam dewan parlimen yang perlu dipinda jika hendak melaksanakan persidangan secara maya atau separa maya.

Untuk meminda akta ini, kita juga harus mengikut kaedah pengundian yang baharu, yang belum pernah dipraktikkan di parlimen sebelum ini. ” tulis Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di halaman Facebook rasminya hari ini.

Katanya lagi, walaupun parlimen berhak mengatur urusan dalaman mengikut kaedah norma baharu, namun ia masih tertakluk dengan undang-undang dan peraturan tetapnya.

“Langkah-langkah yang betul harus dilaksanakan mengikut akta dan undang-undang.

Oleh itu, kita harus memberi masa untuk Parlimen mencari jalan mengatasi situasi ini.” katanya.

Pada 16 Jun lepas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bertitah supaya Parlimen segera bersidang bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. Seri Paduka Baginda menyedari tentang peranan parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu.

Titah baginda lagi, Dewan Rakyat boleh berbincang berkaitan peruntukan kerajaan khususnya dalam membantu rakyat yang kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...