Kenyataan Media

Rahman Proaktif Selesai Isu Imunisasi Orang Asli

64

GOMBAK 19 JUN 2021 – Penubuhan Taskforce Covid-19 untuk masyarakat orang asli diterajui Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) melalui kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dilihat proaktif dalam menyelesaikan isu imunisasi bagi masyarakat tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, jumlah penerima suntikan vaksin pada hari ini menunjukkan bahawa masyarakat orang asli semakin terbuka untuk mendapatkan vaksin Covid-19 setelah beberapa siri penerangan yang telah dilaksanakan oleh taskforce tersebut.

“Seramai 60 orang daripada masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor menerima suntikan vaksin jenis Pfizer di Hospital Orang Asli Gombak, Selangor yang terdiri daripada 27 orang Tok Batin, manakala 33 orang lagi adalah  warga emas, OKU, mereka yang disyaratkan untuk mengambil vaksin dan sukarelawan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Orang Asli” ujar beliau yang juga Pengerusi Taskforce ketika melakukan lawatan kerja ke Hospital Orang Asli Gombak.

Beliau berkata Penerimaan suntikan vaksin oleh Tok Batin ini memainkan peranan yang penting bagi menambah keyakinan masyarakat Orang Asli untuk mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin bagi membantu usaha pihak kerajaan memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 di perkampungan masyarakat Orang Asli.

“KPLB sentiasa bekerja untuk memberi penerangan jelas, mematahkan maklumat-maklumat tidak tepat yang berlegar di media sosial mengenai suntikan vaksin Covid-19 terhadap masyarakat luar bandar”, ujar beliau lagi.

Beliau menambah peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak dalam usaha untuk mendidik dan memberitahu [“educate and inform”] segenap lapisan masyarakat di negara ini tentang keperluan dan kebaikan vaksin.

Rahman turut menyeru kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara untuk mendaftar pengambilan Vaksin Covid-19 yang sedang giat dijalankan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Pendaftaran boleh dibuat di aplikasi MySejahtera ataupun melalui bantuan pegawai JAKOA Daerah dan Negeri masing-masing. JAKOA sentiasa bersedia membantu masyarakat Orang Asli untuk mendaftar serta membawa mereka di kawasan pedalaman mengambil suntikan vaksin” ujar Rahman komited dalam memastikan masyarakat luar bandar khususnya orang asli menerima suntikan vaksin imunisasi Covid-19 bagi melindungi kelompok tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Kenyataan Media

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...