AM

Pelan Pemulihan Negara bukan dibuat secara tiba-tiba – Saifuddin Abdullah

154

19 JUN 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah pada hari ini menjelaskan bahawa Pelan Pemulihan Negara bukanlah satu pelan yang dibuat secara tiba-tiba ataupun dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Jelas Saifuddin dalam sidang media secara maya pada hari ini, pembahagian fasa-fasa yang terdapat dalam Pelan Pemulihan Negara tersebut penting untuk memastikan pelan tersebut dilaksanakan secara teliti.

“Kita bahagikan kepada fasa satu, kedua, ketiga dan keempat kerana ini adalah perancangan yang teliti dan merupakan lanjutan dari perancangan yang telah dilaksanakan sejak Mac 2020. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama mula-mula dilaksanakan dahulu, tiada aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan kerana suasana ketika itu berbeza dengan sekarang. Ia memerlukan tindakan dan pendekatan yang berbeza.

Sekarang kita berada di dalam Fasa 1 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021 dan selepas itu bergantung kepada nilai ambangnya, kita akan bergerak ke Fasa 2, Fasa 3 dan seterusnya ke Fasa 4. Ada 3 nilai ambang utama iaitu yang pertama ialah kes harian COVID-19, yang kedua adalah penggunaan katil di wad ICU dan yang ketiga adalah kadar vaksinasi. Ketiga-tiga nilai amabang ini tidaklah berdiri dengan sendiri ataupun they don’t stand in the vacum. Sebagai contoh purata kes harian COVID-19 bukan purata harian untuk satu hari tetapi ia adalah purata harian untuk selama 7 hari berturut-turut. Ia memberikan gambaran yang lebih saksama tentang keadaan semasa sebelum kita buat apa-apa keputusan.

Manakala kadar jumlah penggunaan katil di wad ICU menunjukkan kadar kemampuan, ketersediaan respons daripada sistem kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia adalah petanda yang sangat mustahak sebab orang yang terkena jangkitan COVID-19 yang paling serius (yang dikatakan berada dalam kategori ke 5) diletakkan di wad ICU. Jadi ia merupakan angka yang paling strategik yang menunjukkan keadaan kritikal bagi jumlah pesakit COVID-19. ” jelas Ahli Parlimen Indera Mahkota tersebut.

Tambah Saifuddin, berkenaan dakwaan bahawa Kerajaan gagal menangani pandemik COVID-19 kerana angka kes baharu masih besar, beliau menjelaskan bahawa jika tidak kerana pendekatan Kerajaan yang sistematik, pada 5 Jun yang lalu, jumlah kes baharu sudah mencecah jumlah 13 ribu dan pada hari ini jumlah mungkin mencecah 15 ribu.

“Saya tidaklah berkata bahawa kita telah berjaya seratus peratus tetapi kerana kita ada data, kita membuat keputusan berdasarkan data dan sains maka kita dapat mengelakkan dari mendapat angka yang sebesar itu.

Sekiranya perkara tersebut berlaku maka sistem kesihatan akan lumpuh. Oleh sebab itu, pada 1hb Jun Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan PKP 3.0 Fasa 1. ” kata Saifuddin.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata bahawa Kerajaan kekal dengan rangka mengimbangi faktor kesihatan dan kelangsungan hidup. Ia adalah perkara yang tidak berubah sejak pelaksanaan PKP 1.0.

“Rangkanya tetap sama, yang berubah adalah strateginya mengikut waktu dan keperluan. “katanya.

Mengenai komponen ekonomi dalam Pelan Pemulihan Negara, Saifuddin berkata ia bukanlah hanya difikirkan pada beberapa hari sebelum pengumumannya oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.

“Ia masih berada di dalam rangka yang disebut oleh Tengku Zafrul awal-awal dahulu iaitu stategi 6R yang sama (Resolve, Resilient, Restart. Recovery, Revitalize dan Reform).

Saya hari ini ingin menegaskan bahawa dari segi keseimbangan kesihatan dan kelangsungan hidup, kita tidak lari dari rangka tersebut dan kita menggunakan nilai ambang itu untuk memandu apa yang kita putuskan dari masa ke semasa dan pelan-pelan ekonomi yang asal yang disebutkan sebagai 6R itu tetap kita gunakan dalam Pelan Pemulihan Negara. ” kata Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...