Pendidikan @ My LNA

2 Murid Orang Asli Pahang Cemerlang SPM

165

PUTRAJAYA 12 JUN 2021 – Seramai dua (2) orang murid Orang Asli dari Negeri Pahang mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, murid cemerlang tersebut ialah  Juniza Ellyana a/p Teo Sea Huang dari SMK Rompin, Pahang dan Rozainizam a/l Azizian dari MRSM Muadzam Shah, Pahang.

Rozainzam a/l Azizan, MRSM Muadzam Shah, 9A
Juniza Ellyana a/p Teo Sea Huang

“Seramai 90 murid Orang Asli lain telah mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini iaitu seramai 8 orang mencatat keputusan 8A, 10 orang dengan keputusan 7A, 8 orang dengan keputusan 6A, 31 orang dengan keputusan 5A serta 34 orang dengan keputusan 4A menjadikan jumlah keseluruhan murid Orang Asli cemerlang peperiksaan SPM tahun 2020 adalah seramai 93 orang” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

“KPLB juga merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menjalin kerjasama erat dalam menentukan hala tuju pendidikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara” ujar beliau lagi. 

Beliau berkata, keputusan dan pencapaian cemerlang ini membanggakan KPLB dan JAKOA yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan orang asli walaupun negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kejayaan murid Orang Asli ini merupakan hasil kerja keras daripada semua pihak yang berganding bahu dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan serta program-program kecemerlangan pendidikan yang dapat mendorong murid-murid ini untuk bersaing dengan masyarakat lain” ujar beliau lagi.

Beliau menambah, KPLB telah menyediakan peruntukan untuk bantuan pendidikan murid Orang Asli ini melalui bantuan wang saku, pengangkutan, peralatan sekolah, pakaian sekolah serta bantuan-bantuan lain dengan harapan murid-murid Orang Asli lebih bersemangat untuk mengubah nasib mereka melalui pendidikan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNA

Mahasiswa UM selami budaya orang asli Temuan di Ulu Chembong

Projek Regain Experience Asli’s Life atau lebih mesra disebut sebagai Projek REAL...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kenali, pelajari biodiversiti dengan setem

Oleh: Affan Nasaruddin Hobi mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai....

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM murnikan hubungan Malaysia-Timor Leste

KUNJUNGAN HORMAT DAN UCAP TAMA MENTERI DALAM NEGERI YB SENATOR DATUK SERI...