AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Sekolah rendah Malaysia menang RM472,100 (USD 100,000) pada Pertandingan Sekolah Sihat AIA melalui aplikasi kesejahteraan yang dibangunkan murid

86

~SK Putrajaya tewaskan 2,300 sekolah dari seluruh Asia Pasifik untuk menangi hadiah paling berprestij Asia sebagai sekolah yang berjaya mengubah keputusan kesihatan pelajar – Pertandingan Sekolah Sihat AIA~

SK Putrajaya Presint 11(1), sebuah sekolah rendah di Putrajaya, Malaysia, telah diisytiharkan sebagai pemenang Pertandingan Sekolah Sihat AIA untuk membawa pulang sebanyak RM472,100 (USD 100,000) setelah muridnya membangunkan aplikasi baharu yang menyokong kesejahteraan mental pelajar,

Pertandingan Sekolah Sihat AIA – diasaskan tahun lepas oleh Kumpulan AIA – adalah hadiah paling berprestij di Asia bagi sekolah yang berjaya mengubah keputusan kesihatan pelajar.

SK Putrajaya Presint 11(1), yang mengalahkan sebanyak 2,300 sekolah dari negara-negara yang mengambil bahagian dari seluruh Asia-Pasifik, diumumkan sebagai pemenang pada satu majlis di Bali, Indonesia yang dihadiri oleh Melati Wijsen, Pengasas YOUTHTOPIA & Duta AIA.

Diasaskan berikutan pandemik COVID, Pertandingan Sekolah Sihat AIA memupuk gaya hidup aktif, kesejahteraan mental dan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di Asia pada masa yang amat genting itu.

Program unik itu memberikan peluang kepada sekolah-sekolah untuk mempamerkan kejayaan mereka, menyediakan platform untuk mereka berkongsi amalan terbaik  supaya semua sekolah di seluruh Asia boleh mengubah dan meningkatkan usaha mereka untuk mempromosi kesihatan dan kesejahteraan.

Mohd Saharudin bin Setapa, Ketua Projek dan Guru, SK Putrajaya Presint 11(1):

Saya teruja dan gembira dipilih sebagai pemenang pertandingan AIA Healthiest Schools. Jutaan terima kasih kepada AIA kerana memilih sekolah kami. Anugerah ini adalah bukti kerja keras kita dan menjadikan sekolah kita paling sihat di negeri kita dan negara kita.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua saya, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang menyumbang kepada projek aplikasi ‘HELPIE’. Juga terima kasih kepada pasukan inovasi saya yang menghabiskan banyak masa mereka prototaip aplikasi.

Kami berharap pada masa akan datang kami dapat berkongsi kesan projek itu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga kepada negara lain. Kami berharap kami dapat menggunakan projek ini untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih baik untuk komuniti dan sekolah kami.

Lee Yuan Siong, Ketua Eksekutif dan Presiden AIA, berkata:

“Golongan muda hari ini menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Penyakit gaya hidup kini menjadi punca utama kematian di Asia merentas semua peringkat umur, dan kadarnya telah meningkat selama bertahun-tahun. Gaya hidup yang tidak aktif, pemakanan yang tidak sihat, tekanan dan pencemaran alam sekitar semuanya menyumbang kepada cabaran kesihatan yang dihadapi oleh golongan muda kita.

“Kerana itulah kami memberi seluruh perhatian kepada program Sekolah Sihat AIA dan keupayaannya untuk membantu golongan muda Asia menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan lebih baik.

“Saya sangat percaya dengan pengaruh pendidikan untuk membentuk masa depan yang lebih sihat untuk anak-anak kita. Kepada semua guru dan pegawai pendidikan, terima kasih atas usaha tanpa jemu anda setiap hari.”

Melati Wijsen, Pengasas YOUTHTOPIA dan Duta AIA, berkata:

“Masa depan adalah dalam genggaman anak-anak muda. Mereka adalah pelaksana perubahan untuk menangani cabaran terbesar dunia iaitu pencemaran dan perubahan iklim.

“Kita mesti memperkasakan anak muda kita untuk menyahut cabaran ini. Dan salah satu perkara yang paling penting ke arah ini adalah mewujudkan pelajar yang sihat fizikal dan minda serta bersedia untuk menghadapi dunia yang akan mereka warisi.

“Sebab itu saya memberi sepenuh sokongan kepada Pertandingan Sekolah Sihat AIA. Oleh itu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SK Putrajaya Presint 11(1) atas usaha murid-muridnya yang akan membimbing lebih ramai anak muda ke arah masa depan yang lebih baik.”

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

Pulangan Menarik Hektar REIT kepada Pemegang Saham Diiktiraf di Centurion Club Awards 2024

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2024  – Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (“Hektar Asset...