Kenyataan Media

Vaksinasi PIKAS Sektor Pembuatan Sasar Di Permis Kilang, Permis Perindustrian – MITI

107

12 JUN 2021 – Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) akan dilancarkan sebagai Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mempercepatkan imunisasi bagi rakyat.

Keputusan ini dibuat selepas persetujuan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah dipertangungjawabkan untuk menguruskan PIKAS bagi menyelaraskan imunisasi pekerja bagi sektor pembuatan”.

Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan komited untuk memastikan pekerja mendapat vaksin percuma di bawah PIKAS, yang disokong oleh sektor swasta dalam mentadbir pengurusan vaksinasi yang dilaksanakan di seluruh negara termasuk vaksinasi di premis kilang yang akan melibatkan pengamal perubatan swasta.

“Pelaksanaan PIKAS akan bermula pada 16 Jun 2021 dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian khususnya sektor kritikal seperti elektrik dan elektronik, pemprosesan makanan, besi dan keluli, alat perubatan, alat pelindung diri (PPE), minyak dan gas serta produk getah termasuk pembuatan sarung tangan perubatan akan diberikan keutamaan untuk vaksinasi” katanya.

Tambah beliau, setakat ini MITI telah menerima permohonan dari lebih 500 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 106,591 untuk menyertai PIKAS dan penyertaan ini adalah secara sukarela.

“ Namun, keutamaan vaksinasi syarikat akan ditetapkan mengikut beberapa pertimbangan termasuk lokasi syarikat di zon merah COVID-19” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...