Pendidikan @ My LNA

Hantaran ‘Skala Gred SPM’ – Lembaga Peperiksaan Malaysia buat laporan polis

105
Fake News on computer keyboard

11 JUN 2021 – Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat laporan polis terhadap satu hantaran di media sosial Facebook milik MamaMia Mia pada 11 Jun 2021 mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan” yang kini sedang tular.

Menurut KPM di dalam satu kenyataan media yang diedarkan malam semalam, ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.” tegas KPM.

Justeru, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam, 11 Jun 2021 serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...