Politik @ My LNA

Tuduhan langgar SOP : Azmin maafkan Ummi Hafilda

123

15 Mei 2021 – Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bahawa beliau telah membaca tuduhan yang dibuat oleh adiknya Ummi Hafilda melalui hantaran di Facebook iaitu ahli keluarga beliau merentas daerah dan berkumpul untuk sambutan Aidilfitri dan seterusnya melanggar SOP . Kata Mohamed Azmin lagi, beliau memafkan tuduhan tersebut.

“Saya membaca tuduhan yang dibuat oleh Ummi Hafilda. Sebagai abang, saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Mungkin beliau tidak mengetahui keadaan sebenar. Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk kita semua. Eid Mubarak.” tulis Mohamed Azmin di Twitternya hari ini.

Dalam pada itu pelakon terkenal tanah air Que Haidar berkata bahawa beliau telah bercakap dengan salah seorang ahli keluarga Ahli Parlimen Gombak itu bagi mendapatkan penjelasan.

“Asalamualaikum semua, Alhamdulillah, saya baru saja bercakap dengan salah seorang daripada ahli keluarga Dato Azmin Ali. Beliau sudah menerangkan pada saya sememangnya mereka semua tinggal serumah. Jadi disini tidak perlulah diperbesarkan perkara ini. Harap semua maklum.” tulis Que Haidar di dalam Twitternya hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Haji Mohd Fadzil Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa gambar tersebut diambil semasa semua ahli keluarga Menteri Kanan tersebut berkumpul dan mengadakan sidang video secara bersemuka (video conferencing) di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja. Mohd Fadzil terut berkata bahawa keterangan saksi yang merupakan petugas yang mengawal di Pos Kawalan tersebut mengesahkan pada hari kejadian tidak ada pergerakan keluar dan masuk daripada mana-mana tetamu luar seperti yang didakwa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...