COVID-19 @ My LNA

Ramai individu yang tidak mempunyai janji temu ‘mencuba nasib’ – CITF

113

15 Mei 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mengambil maklum keadaan sesak yang telah berlaku hari ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) setelah PPV tersebut kembali beroperasi selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Jelas CITF menerusi hebahan umum yang diedarkan hari ini, PPV WTCKL telah memulakan proses vaksinasi secara besar-besaran pada hari ini dengan jumlah janji temu sebanyak 8,100 untuk tempoh masa 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

“Terdapat juga ramai individu yang tidak mempunyai janji temu ‘mencuba nasib’ untuk mendapatkan vaksin secara walk-in yang turut menambah kesesakan sedia ada.” kata CITF.

Sebagai langkah berjaga-jaga tentang keselamatan serta keselesaan semua pihak di samping keadaan penularan COVID-19 yang membimbangkan ketika ini, CITF memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi perkara-perkara berikut iaitu jangan tiba terlalu awal daripada slot masa janji temu yang telah ditentukan dan hanya tiba di PPV antara 15 sehingga 30 minit awal dari masa yang ditetapkan. Orang ramai juga perlu ikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa serta petugas dan pastikan pematuhan SOP diri.

Orang ramai juga dipohon bersabar dan sentiasa amalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka sepanjang proses vaksinasi. Seterusnya beredar daripada perkarangan WTCKL sejurus selepas menerima vaksin dan elakkan berada di kawasan PPV terutamanya di kawasan lobi bagi mengelakkan kesesakan.

CITF turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak dan memohon maaf atas kesulitan yang telah berlaku hari ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...