COVID-19 @ My LNA

PICK: Kadar Terkini Vaksinasi Negara 75%

64

PUTRAJAYA: Kadar terkini vaksinasi di negara di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 75% jelas Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelas beliau, dakwaan yang mengatakan kadar vaksinasi negara rendah adalah tidak benar.

“Bagi setiap empat vaksin yang kami ada, tiga telah digunakan. Sememangnya, kami ingin meningkatkan lagi kadar ini kepada 80 peratus, tetapi sudah pastinya kami tidak boleh pergi lebih tinggi daripada peratusan ini.

“Ini kerana perlunya simpanan untuk dos kedua sebelum tibanya bekalan vaksin seperti yang dijadualkan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK.

Jelas beliau, negara dijangka akan menerima penghantaran bekalan vaksin daripada Pfizer pada minggu ini yang membabitkan sebanyak 259,740 dos .

“Bekalan Pfizer seterusnya akan diterima antara 19 hingga 21 Mei ini iaitu 197,730 dos (19 Mei); 44,460 dos (20 Mei) dan 17,550 dos (21 Mei)”.

“Sebanyak 2,490,930 dos vaksin Pfizer yang telah dan akan kita terima sehingga 21 Mei”.

“Manakala bagi vaksin AstraZeneca pula, ketibaan bekalan kedua telah dijadualkan pada 20 Mei dan ketiga pada 1 Jun depan dengan melibatkan jumlah sebanyak 615,120 dos sekali penghantaran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa sejumlah 60,000 orang telah memilih untuk meletakkan nama mereka di bawah senarai menunggu bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela.

“Satu senarai menunggu akan dikeluarkan kepada Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca”.

“Penerima vaksin dalam senarai menunggu ini, jika dipanggil, boleh menujukkan notifikasi MySejahtera kepada anggota keselamatan dalam perjalanan ke PPV di sekatan jalan raya” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...