Home AM Permis Kerajaan Beroperasi Penuh Sepanjang PKP Dilaksana – KSN
AMKenyataan Media

Permis Kerajaan Beroperasi Penuh Sepanjang PKP Dilaksana – KSN

PUTRAJAYA: Pejabat kerajaan kekal beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bermula esok hingga 7 Jun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.

“Pengoperasian penuh itu adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan seperti Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 12 Januari 2021”.

“Ketua Jabatan hendaklah menggunakan hemat dan kebijaksanaan dalam merancang keperluan sumber manusia demi memastikan kehadiran kakitangan ke pejabat dapat diminimumkan melalui sistem penggiliran, serta hendaklah mengeluarkan Arahan Dalaman dengan memperincikan keutamaan mengikut sektor jabatan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi pegawai yang tidak perlu hadir bertugas di pejabat, mereka diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah” jelas beliau lagi.

Mohd Zuki berkata, perkhidmatan awam negara akan terus menjadi tunjang utama memastikan jentera pentadbiran kerajaan kekal beroperasi berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMMY LNA

Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu

PUTRAJAYA 24 Mac 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...