PUTRAJAYA 10 Mei 2021 – Seramai 2,800 orang individu yang telah berdaftar sebagai sukarela bagi mendapatkan suntikan pertama vaksin AstraZeneca di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) akan dijadualkan semula ke tarikh lain.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, temujanji bagi mendapatkan vaksin tersebut akan dijadualkan semula dari 17 hingga 23 Mei nanti.
“Bilangan penerima akan dikurangkan kepada 16,200 bagi mengelakkan kesesakan di pusat vaksinasi serta memastikan penjarakan fizikal di WTC dapat ditingkatkan”
“Bermula Rabu ini, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Ismail tidak akan lagi digunakan sebaliknya, tiga dewan yang lebih luas akan dibuka iaitu Dewan Merdeka, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4,” katanya.
Jelas beliau lagi, bilangan asal iaitu 19,000 yang telah ditetapkan sebelum ini adalah sejajar dengan kapasiti penuh.
“Perubahan tarikh ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi MySejahtera yang akan dihantar bermula esok,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
- Malaysia’s AI revolution in Islamic finance
- Angkasapuri’s legacy in our broadcasting future
- Preparing for the new school year
- Healing Isn’t A Solitary Act: New Memoir NO JOURNEY IS DONE ALONE Explores How Connection Breeds Resilience, Recovery, and Renewal
- Calgary Health Foundation announces leadership transition