PUTRAJAYA 4 Mei 2021 – Penerima vaksin hanya perlu menunjukkan maklumat berkaitan temu janji dalam aplikasi MySejahtera, laman web atau khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya perlu merentas daerah dan negeri bagi mendapatkan suntikan
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata penerima vaksin tidak perlu memohon surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini adalah susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di negeri Selangor akibat daripada jumlah jangkitan yang tinggi di negeri tersebut seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.
PKP di enam daripada sembilan daerah di Selangor akan berkuat kuasa bermula 6 hingga 17 Mei ini yang melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
- COVID-19 : Jumlah kes import turun sedikit ke 194 kes
- Kerajaan diseru lanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) bersasar bagi sektor pelancongan
- MYStartup Roadshow : Siri keempat dilancarkan
- Harga ayam : MAFI akan bermesyuarat bersama KPDNHEP esok
- Skuad Sukarelawan KBS Bersama MBM Pantau Isu Kenaikan Harga Barang