Home COVID-19 Sektor Ekonomi Di Selangor Terus Beroperasi Dengan Pematuhan SOP Am PKP 3.0
COVID-19Ekonomi

Sektor Ekonomi Di Selangor Terus Beroperasi Dengan Pematuhan SOP Am PKP 3.0

KUALA LUMPUR 5 Mei 2020 -Kerajaan bersetuju membenarkan semua sektor ekonomi termasuk sektor perkilangan untuk terus beroperasi di enam daerah di negeri Selangor yang akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata SOP Am PKP 3.0 adalah berdasarkan SOP yang sedia ada kecuali ‘dine-in’ (makan di restoran), ia tidak dibenarkan.

“Syarikat perlu mematuhi SOP Am PKP 3.0 dan tertakluk kepada tatacara Bekerja Dari Rumah (BDR) sedia ada iaitu hanya 30 peratus kakitangan pengurusan boleh hadir ke pejabat seperti biasa tanpa sekatan waktu bekerja manakala kehadiran pekerja operasi / sokongan ditentukan oleh majikan mengikut budi bicara”.

MITI turut menyeru agar pihak industri terus memberikan bekerjasama dengan pihak Kerajaan bagi memastikan kejayaan mengawal penularan wabak COVID-19.

Katanya lagi, aktiviti penguatkuasaan akan dipertingkatkan oleh agensi penguatkuasa berdasarkan penilaian Sistem Amaran Awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang mampu mengesan lokasi yang berisiko tinggi yang menjadi punca kepada penularan COVID-19.

Jelas MITI, langkah itu lebih bersasar dan efektif berbanding langkah penutupan secara keseluruhan.

“Semua Agensi Kerajaan Negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk mengambil langkah proaktif dan bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi keselamatan bersama”.

SOP Am PKP 3.0 ini juga boleh diakses di laman web MKN – www.mkn.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

EkonomiMY LNAPendapat

MPC adil, namun BNM perlu pergiat usaha penerangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR...

EkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

KFC dan Pizza Hut tawarkan Menu Rahmah

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos...

EkonomiMY LNAPendapat

Hati-hati isu semasa dijadikan polemik menjelang PRN

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin  Semenjak pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate – OPR)...