6 Mei 2021 – Semua sekolah di seluruh negeri Selangor akan ditutup bermula esok sehingga cuti hari raya Aidilfitri bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail berkata, penutupan itu adalah selaras keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) yang mengesyorkan agar sesi persekolahan ditutup bermula 6 Mei sehingga 12 Mei bagi semua sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM juga turut memutuskan supaya semua sekolah bawah kelolaanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut ditutup pada 6 dan 7 Mei 2021.
Katanya, keputusan KPM untuk menutup sekolah turut disebabkan oleh larangan pergerakan antara negeri memandangkan kedudukan kedua-dua wilayah ini yang bersempadanan dengan daerah-daerah dalam negeri Selangor.
“Pihak sekolah juga perlu memastikan guru-guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan kepada murid di asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa serta penjaga.
- COVID-19 : Jumlah kes import turun sedikit ke 194 kes
- Kerajaan diseru lanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) bersasar bagi sektor pelancongan
- MYStartup Roadshow : Siri keempat dilancarkan
- Harga ayam : MAFI akan bermesyuarat bersama KPDNHEP esok
- Skuad Sukarelawan KBS Bersama MBM Pantau Isu Kenaikan Harga Barang