Home AM Sistem HIDE Usaha Kerajaan Membendung Penyebaran Kluster – Khairy
AMCOVID-19

Sistem HIDE Usaha Kerajaan Membendung Penyebaran Kluster – Khairy

PUTRAJAYA 4 Mei 2021 – Kerajaan akan menggunakan sistem amaran awal yang lebih bersepadu bagi mengenal pasti sesuatu kawasan dan premis yang berisiko atau berpotensi menjadi hotspots atau pusat penyebaran virus COVID19 susulan daripada peningkatan kes penularan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sistem amaran yang dikenali sebagai Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan menggunakan analisis dataraya dan kecerdasan buatan menerusi pengesanan kontak dan membuat ramalan kemungkinan terjadinya sesuatu kluster.

Tambah beliau, analisis HIDE akan memberikan maklumat penting agar membolehkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan awalan secara bersasar untuk mengelakkan terjadinya sesuatu kluster daripada lokasi atau hotspot tersebut.

“Premis yang tersenarai di bawah HIDE bermula pada 7 Mei 2021 akan disiarkan bagi membolehkan pemilik premis dan orang ramai mengambil tindakan wajar bagi mencegah terjadinya kluster berpunca daripada premis tersebut”.

“Penyiaran senarai premis ini juga membolehkan orang ramai melaksanakan pengawasan kendiri termasuklah dengan tidak berkunjung ke sesuatu premis atau kawasan berisiko” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada 3 Mei 2021, HIDE telah mengenalpasti 1,660 hotspots di seluruh negara yang berpotensi menjadi kluster iaitu peningkatan daripada 1,170 pada minggu lalu.

Hasil daripada data yang terkumpul, sejumlah 90% penyebaran COVID-19 berlaku di 0.2% premis yang berdaftar menerusi MySejahtera.

Khairy turut mengingatkan premis yang masih belum berdaftar menerusi MySejahtera untuk segera mengikut arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini yang mewajibkan imbasan kod QR bagi setiap pengunjung premis bagi membolehkan analisis HIDE yang lebih tepat.

“Walaupun HIDE merupakan suatu langkah ke hadapan dalam menghadapi pandemik COVID-19, masyarakat dan perniagaan masih tetap perlu mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP yang merupakan langkah terbaik dalam mencegah penularan COVID-19” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...