Home Alam Sekitar Forum UNFF Ke-16 : KeTSA Komited Dalam Pemerkasaan Hutan
Alam Sekitar

Forum UNFF Ke-16 : KeTSA Komited Dalam Pemerkasaan Hutan

PUTRAJAYA 4 Mei 2021 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-16 Forum Perhutanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFF) yang dilaksanakan secara maya pada 26 hingga 30 April 2021.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Malaysia telah menegaskan pelbagai usaha yang telah diambil dalam memenuhi komitmen semasa Sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Antara tahun 2005-2018, litupan kawasan berhutan di Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6% dan berdasarkan laporan World Resources Institute (WRI), Malaysia telah mencatatkan pengurangan kehilangan kawasan berhutan untuk tempoh 4 tahun berturut-turut berikutan peningkatan dalam pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB)”.

“Inisiatif lain yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia adalah seperti Central Forest Spine (CFS), Heart of Borneo (HoB), Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan Forest Landscape Restoration (FLR)” jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Malaysia turut memaklumkan pencapaian di bawah pensijilan hutan menerusi Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) yang diiktiraf oleh Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC) dan Forest Stewardship Council (FSC).

“Terdapat peningkatan 9.7% terhadap jumlah keluasan hutan yang mendapat pensijilan MTCS diantara tahun 2010 hingga 2020 dan sehingga kini, 5.84 juta hektar kawasan hutan yang telah disijilkan di Malaysia”.

Beliau berkata, Malaysia berpendirian bahawa laporan Global Forest Resources Assesment (FRA) sedia ada adalah mencukupi dan boleh dimanfaatkan untuk membekalkan maklumat dan analisis perhutanan di peringkat global.

“Negara-negara tidak sewajarnya dibebankan dengan pelaporan baharu dan sokongan kewangan sedia ada seharusnya difokuskan kepada pengukuhan pelaksanaan PHSB”.

“Bagi mengukuhkan agenda monitoring, assessment and reporting (MAR), Food and Agriculture Organisation (FAO) sedang membangunkan set indikator pengurusan hutan global yang baharu. Dalam hal ini, Malaysia menegaskan keperluan untuk diadakan sesi semakan dan rundingan ke atas indikator berkenaan sebelum ia dimuktamadkan” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarHighlightsMY LNA

Penyertaan Malaysia Ke Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

Dunia memberi perhatian kepada agenda air dan Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Kolaborasi TNB dan PLUS Sedia 18 Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron Di 9 R&R Sepanjang Lebuh Raya

AYER KEROH, 16 Februari 2023 – Pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan rangkaian...

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

KPKT Sasarkan Pencapaian Kadar 45% Pengurangan Carbon Footprint Menjelang Tahun 2030 Melalui Pelaksanaan Inisiatif Hijau Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 9 Februari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui...

Alam SekitarAMIsu SemasaMY LNA

NRECC segera laksanakan titah YDPA

PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan...