Home Politik Apa kaitan penawaran biasiswa pelajar ISMP dengan penawaran subjek Bahasa Tamil PISMP untuk sekolah rendah? – Teo Nie Ching
Politik

Apa kaitan penawaran biasiswa pelajar ISMP dengan penawaran subjek Bahasa Tamil PISMP untuk sekolah rendah? – Teo Nie Ching

27 Februari 2021 – Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mempersoalkan kaitan antara penawaran biasiswa kepada pelajar ISMP dan penawaran subjek Bahasa Tamil PISMP untuk sekolah rendah. Katanya lagi di dalam pengetahuannya kedua-dua program ialah berbeza dan ditawarkan berdasarkan keperluan serta unjuran berbeza.

Merujuk kepada kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 25hb Februari 2021 yg lepas beliau menyeru KPM untuk mengambil kira faktor bahawa masih banyak lagi SMK dan Kolej Tingkatan Enam menjalankan kelas POL Bahasa Tamil dan di luar jadual waktu sekolah.

“KPM harus memaparkan jumlah kelas POL Bahasa Tamil dan kelas Bahasa Tamil di luar jadual waktu sekolah untuk menyakinkan masyarakat bahawa SMK tiada keperluan untuk guru Bahasa Tamil.
 
Seterusnya, memandangkan isu  pengemaskinian sistem E-operasi guru masih belum mempunyai satu penyelarasan (re-tagging) untuk guru Bahasa Tamil di SMK, saya percaya KPM akan memerlukan lagi Guru Bahasa Tamil di SMK pada masa yang akan datang. Tambahan lagi pakej matapelajaran KSSM  menawarkan subjek Kesusasteraan Tamil yang juga memerlukan tenaga pengajar yang ramai.” kata Ahli Parlimen Kulai tersebut.

Katanya lagi, setelah meneliti kenyataan KPM, beliau kurang memahami apa kaitan antara penawaran biasiswa kepada pelajar ISMP dan penawaran subjek Bahasa Tamil PISMP untuk sekolah rendah.

“Setahu saya, kedua-dua program ialah berbeza dan ditawarkan berdasarkan keperluan serta unjuran berbeza.
 
Justeru, saya berharap pihak KPM  meneliti sekali lagi tawaran permohonan serta  mengambilkira aspek kebajikan pelajar memandangkan pandemik Covid19 masih mengugat ekonomi serta kesejahteraan rakyat.” ujarnya.

KPM telah memaklumkan bahawa pihaknya menerusi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan melaksanakan pengambilan pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang pengkhususan Bahasa Tamil bagi kemasukan September 2021.

Kata KPM unjuran mendapati terdapat keperluan guru Bahasa Tamil di sekolah rendah menjelang tahun 2026. Bagi mengisi keperluan ini, KPM menerusi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan melaksanakan pengambilan pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang pengkhususan Bahasa Tamil bagi kemasukan September 2021.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

MY LNAPolitik

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 – Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang...

MY LNAPolitik

Pandangan Annuar Musa dangkal

16 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPolitik

Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

11 April 2023 – Rancangan podcast Keluar Sekejap episod “KWSP, Isu Laut...