Home MY LNA AM MOTAC pastikan pembangunan infrastruktur di kawasan tarikan pelancongan dan kebudayaan diberikan keutamaan
AMPelanconganSeni dan Budaya

MOTAC pastikan pembangunan infrastruktur di kawasan tarikan pelancongan dan kebudayaan diberikan keutamaan

27 Februari 2021 – Keperluan ke atas pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan serta tempat-tempat yang mempunyai nilai dan daya tarikan pelancongan, seni dan budaya akan terus diberi keutamaan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Menurut Menteri MOTAC Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, ini dilakukan menerusi menerusi aktiviti turun padang untuk mengenalpasti tempat-tempat yang mempunyai nilai dan elemen pelancongan, seni dan budaya di negara ini.

“Cara ini juga dapat membantu mempromosikan tempat-tempat menarik dalam negara ini yang mungkin belum diterokai orang ramai.

MOTAC perlu terus meningkatkan promosi ke atas negara ini kepada pengunjung luar agar Malaysia terus menjadi sebuah destinasi pelancongan pertama untuk dikunjungi sebaik sahaja keadaan terkawal dan selamat daripada krisis pandemik Covid-19 nanti.

Ini adalah satu produk pelancongan juga untuk kita di MOTAC kerana dengan kita mempromosikan ini memberi peluang kepada orang yang yang tidak pernah melihat produk-produk Sarawak dan Sabah mereka boleh datang ke sini menikmati, melihat sendiri dan merasainya di sini,” kata Nancy semasa melakukan kunjungan santai di Pasar Borneo Seri Kembangan, Selangor pagi tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pasar Borneo Seri Kembangan, Nelson Entap berharap MOTAC dapat menyokong usaha mereka untuk memperkenalkan Sarawak kepada masyarakat di seluruh negara ini.

“Apabila ada tetamu yang terhormat seperti ini datang, kami rasa berbangga kerana ini akan promosikan lagi pasar borneo kerana objektif kami memberitahu semua warga Malaysia bahawa ada pasar Borneo di Semenanjung di Seri Kembangan,” ujar beliau.

Turut sama dalam kunjungan santai tersebut ialah Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Dr Noor Zari Hamat, Pengerusi Tourism Malaysia, Dato’ Seri Ramlan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Dato’ Sri Abdul Khani Daud dan Ketua Pengarah Kraftangan, Ibrahim Ismail.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...