Home AM Malaysia tetap menentang pelan haram dan unilateral rejim Israel – Hishammuddin
AM

Malaysia tetap menentang pelan haram dan unilateral rejim Israel – Hishammuddin

15 Ogos 2020 – Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari ini menegaskan bahawa Malaysia tetap konsisten di dalam pendirian berhubung dengan isu Palestin walaupun Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan pada 13 Ogos lalu bahawa bahawa para pemimpin Israel dan  Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menandatangani perjanjian damai dalam tempoh tiga minggu.

“Malaysia berpandangan bahawa keputusan untuk normalisasikan hubungan dengan Israel adalah hak kedaulatan UAE.

Walaubagaimanapun, pendirian Malaysia dalam isu Palestin tetap konsisten. Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.” tegas Hishamuddin melalui hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Menurutnya lagi, Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, turut mengulangi pendirian yang dipegang sejak sekian lama bahawa pembentukan negara berdaulat Palestin yang bebas melalui penyelesaian dua Negara (two-State solution), berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin merupakan satu-satunya penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan, berdasar kepada undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan” ujarnya.

Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengumumkan bahawa para pemimpin Israel dan UAE akan menandatangani perjanjian damai dalam tempoh tiga minggu. Beliau turut berkata bahawa beliau akan menjadi tuan rumah kepada Israel dan UAE di White House secepat yang boleh bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...