Home MY LNA AM Ahli-ahli Srikandi perlu BERSATU – Rina Harun
AMPolitik @ My LNA

Ahli-ahli Srikandi perlu BERSATU – Rina Harun

16 Ogos 2020 – Ketua Srikandi Malaysia Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menjelaskan bahawa ketika masih di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) parti Bersatu sebenarnya mendengar rintihan rakyat berkenaan dengan isu-isu yang melibatkan agama Islam dan bangsa Melayu dan Pribumi. Menurutnya, parti Bersatu telah berusaha menyuarakan perkara tersebut (kepada kerajaan Pakatan Harapan) tetapi tidak semuanya didengari oleh kerjaan PH.

“Kerana sayangkan rakyatlah dan usaha berterusan memenangkan rakyatlah maka kita berpijak di bumi nyata dan membuat keputusan (yang) sukar untuk tidak meneruskan lagi perjuangan ini bersama PH sehingga membawa kepada perubahan tampuk pemerintahan negara. ” ujar Rina menerusi video Perutusan Ketua Srikandi BERSATU Malaysia yang dimuat naik di saluran rasmi Youtube beliau.

“Pada waktu yang sama kita diuji (dengan penularan wabak) COVID-19 serta (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan (kepada) bukan sahaja rakyat Melaysia tetapi juga di seluruh dunia. Kita telah berjaya BERSATU mengharungi cabaran ini bersama sehingga keadaan semakn pulih. Alhamdulillah” ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu lagi.

Tambah beliau, sebagai wadah bangsa Pribumi, Srikandi BERSATU perlu berpijak di bumi nyata dan memahami aspirasi golongan teras yang mereka wakili.

Rina turut menegaskan bahawa ahli-ahli Srikandi BERSATU perlu terus bersatu di dalam parti tersebut untuk teruskan perjuangan di atas landasan teras perjuangan peribumi, bangsa Melayu, Bumiputera secara keseluruhannya.

Srikandi BERSATU merupakan sayap parti tersebut yang mewakili golongan wanita. Pada hari ini Srikandi akan mengadakan persidangan di peringkat bahagian di mana ahli-ahli Srikandi akan memilih pimpinan tertinggi peringkat pusat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...