Home MY LNA AM SPR tidak bercadang beri kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah di luar Sabah
AMPolitik @ My LNA

SPR tidak bercadang beri kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah di luar Sabah

15 Ogos 2020 – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Dr. Azmi Sharon pada hari ini memaklumkan bahawa SPR tidak bercadang memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di luar Sabah.

Kata Dr. Azmi melalui kenyataan media pada hari, SPR mengambil maklum saranan oleh Global Bersih melalui kenyataan media pada 5 Ogos 2020 yang meminta agar SPR memberi kemudahan undi pos kepada Pengundi Luar Kawasan (PLK) bagi pelaksanaan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke 16.

“Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan hanya boleh dilakukan jika dan apabila ketelusan proses pemilihan dapat dikekalkan. SPR akan terus berusaha memperbaiki proses pengundian pos, selain daripada meneroka pilihan alternatif untuk PLK.

SPR memberi perhatian yang sewajarnya di bawah pelan penambahbaikan dengan sebuah Jawatankuasa yang dibentuk khusus untuk mengkaji isu ini. Ini adalah satu proses yang tidak boleh tergesa-gesa dan apa-apa penambahbaikan mestilah dilakukan dengan berhati-hati” katanya.

Dalam pada itu, berhubung dengan pemberhentian sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Perkhidmatan Mel Ekspres (EMS) Pos Malaysia ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura sejak 3 Ogos lalu, Dr. Azmi berkata SPR melalui Pos Malaysia akan menggunakan khidmat kurier antarabangsa bagi penghantaran sampul undi pos luar untuk pilihan raya tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...