AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

256
Kredit FOto : FB rasmi Datuk Seri Johari Abdul Ghani

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah melancarkan produk baharu KitKat® Dark 52% keluaran Nestlé (Malaysia) Berhad dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko LKM, Nilai, Negeri Sembilan,semalam.

Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), produk KitKat® Dark 52% tersebut merupakan produk coklat single origin Borneo yang menggunakan 100 peratus biji koko Malaysia daripada Sabah dan Sarawak.

“Pengeluaran sumber koko daripada Borneo tersebut adalah menerusi kaedah pengurusan tanaman mampan (sustainable agriculture) yang berpotensi untuk dimajukan serta berupaya mengangkat nama biji koko Borneo agar lebih dikenali di persada antarabangsa.” kata KPK.

Tambahnya, kerjasama antara LKM dan Nestlé merupakan inisiatif Nestlé Borneo Cocoa untuk memberi fokus kepada pengeluaran koko mampan serta memupuk kesedaran kepada petani serta komuniti mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar di samping mengamalkan aktiviti penanaman berasaskan teknologi hijau.

“Kerjasama seumpama ini mampu menggalakkan impak positif dari segi peningkatan hasil pengeluaran biji koko tempatan mampan serta berkeupayaan meningkatkan sumber pendapatan petani koko secara umumnya.” kata KPK.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...