Home AM Dato Goh Leng Chua rakyat Sarawak pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah INSKEN
AMniaga

Dato Goh Leng Chua rakyat Sarawak pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah INSKEN

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2020 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBM Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuaku Jaafar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Kepada 6 orang Ahli Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang baharu. Menurut beliau, kesemua Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik terdiri daripada lantikan profesional dalam pelbagai latar belakang sektor korporat.

Sumber foto : MEDAC

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Lembaga Pengarah INSKEN yang baru dilantik iaitu Ybhg. Dato Goh Leng Chua, Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Zulkiple Bin Hj Kassim , Kapten (B) Tuan Hazli Tuan Hassan, Ybhg. Datuk Haji Zamri Bin Salleh, Datuk Huan Cheng Guan, dan Datuk Sham Shamrat Sen Gupta.

Saya amat yakin dengan kredibiliti kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah INSKEN yang baharu ini. Ia akan memperkukuhkan lagi barisan pengurusan tertinggi sedia ada dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan usahawan mikro khususnya.” kata Dr. Wan Junaidi.

Sumber foto : MEDAC

Mengulas lanjut, pelantikan Ybhg. Dato Goh Leng Chua yang berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dan juga perniagaan, pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan masih memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC). Beliau juga merupakan rakyat negeri Sarawak yang pertama memegang jawatan tersebut.

“Dengan pengalaman luas ini diharap dapat membantu visi dan misi INSKEN dalam memperkasakan lebih ramai lagi usahawan-sahawan baru dan memperkasakan lagi INSKEN sebagai sebuah pusat kecemerlangan usahawan.

INSKEN akan terus komited dalam menyediakan latihan untuk usahawan dan koperasi sebagai satu bentuk sokongan kepada mereka.” ujar Dr. Wan Junaidi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...