AMParlimen @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Lebih 2000 buah menara komunikasi telah siap dibina

136

KUALA LUMPUR 3 Ogos 2020 – Sebanyak 2,360 menara komunikasi telah siap dibina dan 280 menara masih dalam peringkat pelaksanaan. Ia bagi dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh, stabil dan berkualiti di kawasan luar bandar dan pedalaman serta kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat, menerusi pembiayaan Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Menjawab soalan daripada Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] di Parlimen pagi tadi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin berkata untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar mudah alih, pembinaan menara komunikasi dan menaik taraf alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G telah dan sedang giat dilaksanakan di seluruh negara.

“Sehingga bulan Jun 2020, sebanyak 2,360 menara komunikasi telah siap dibina dan 280 menara masih dalam peringkat pelaksanaan. Manakala sebanyak 5,348 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 3G dan 4G, dan sebanyak 11 alat pemancar komunikasi masih dalam peringkat pelaksanaan.

Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, pihak Kerajaan telah melaksanakan projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di seluruh negara. Sehingga bulan Jun 2020 sebanyak 639,676 sambungan telah tersedia, manakala sebanyak 34,781 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2020.” jelas Zahidi.

Mengulas lanjut, Zahidi menyatakan bahawa bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, inisiatif penaiktarafan rangkaian berasaskan tembaga kepada rangkaian gentian optik yang melibatkan sebanyak 933,724 pelanggan sedia ada di seluruh negara sedang dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun ini.

“Jumlah ini dijangka akan diselaraskan dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor peralihan langganan pelanggan (churn).

Pada masa yang sama, Kementerian dan SKMM juga sedang mengadakan sesi perancangan bersama pihak industri dan pelbagai agensi Kerajaan untuk mengenal pasti lokasi berpenduduk di kawasan pedalaman untuk memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan menggunakan pelbagai teknologi.” ujar Zahidi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...