AMPendidikan @ My LNA

GMI perlukan perubahan dinamik supaya seiring dengan IR4.0

315

KAJANG 4 Ogos 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata perlunya perubahan dinamik ke atas German-Malaysian Institute (GMI) supaya seiring dengan inisiatif kerajaan mengadaptasikan Revolusi Perindustrian Keempat IR4.0.

Menurut beliau ketika mengadakan lawatan kerja ke kampus GMI di Kajang pagi semalam, Kerajaan percaya penyertaan terus Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam menentu hala tuju GMI mampu membangkitkan potensi maksimumnya supaya terus mantap sebagai entiti berdaya saing tinggi dalam bidang kemahiran berteknologi tinggi.

Di dalam lawatan ke GMI tersebut, Menteri KPLB diiringi oleh Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Timbalan, Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar,  Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf, Datuk Che Murad Sayang Ramjan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga barisan pengurusan tertinggi MARA.

Menurut Menteri KPLB itu, sehingga tahun 2020, GMI menawarkan tiga program utama iaitu program Kejuruteraan Mekanikal, program Kejuruteraan Elektrik dan program Persediaan Universiti Jerman. Antara program lain juga yang ditawarkan secara berkala adalah German Dual Vocational Training (GDVT).

“Bersesuaian dengan falsafah pendidikan teknikal di Jerman dimana teori adalah lebih mudah difahami jika diaplikasikan dengan cepat dan menyeluruh. Di dalam kampus GMI, bilik-bilik “kuliah” adalah merupakan makmal yang mempunyai kelengkapan dan peralatan latihan. Hanya seramai 24 orang pelajar ditempatkan dalam satu kelas agar setiap pelajar memperolehi pendedahan praktikal yang paling optimum. Ini amat kondusif untuk pembelajaran teknikal kerana setelah mempelajari sesuatu teori, pelajar atau pelatih akan terus berpeluang untuk mengaplikasikan teori itu.

Sehingga Julai 2020, bilangan pelajar GMI adalah seramai 1,465 orang untuk program Diploma dan seramai 302 orang untuk program Persediaan Universiti Jerman dan jumlah ini dijangka akan meningkat.

Dengan pengalaman di dalam bidang industri pendidikan teknikal, GMI sehingga kini sudah mempunyai graduan seramai 11,422 bermula dari tahun 1995 hingga 2019 untuk program Diploma. Manakala seramai 1,394 graduan pula dari program Persediaan Universiti Jerman.” kata Dr. Abd Latiff Ahmad.

Graduan dari GMI kini kebanyakannya mendapat peluang pekerjaan di dalam bidang teknikal dan yang berkenaan didalam negara dan juga di luar negara. Malah kualiti graduan dari GMI sangat diperlukan oleh industri dan kenyataan ini disokong oleh wakil dari pihak industri yang majoritinya merupakan rakan teknikal kepada GMI.

“Pendekatan latihan di GMI pula merupakan student-centred dan secara holistik dimana GMI melatih pelajar untuk cekap dari segi kemahiran teknikal, kemahiran sosial dan kemahiran pembelajaran. Ini juga merupakan faktor kepada permintaan daripada pihak industri terhadap graduan GMI yang terhasil.

Sehingga Jun 2020, kakitangan GMI adalah seramai 409 orang yang terdiri daripada kakitangan sokongan, akademik dan pengurusan yang merupakan nadi dan pemangkin kepada keseluruhan operasi di dalam GMI.” jelas Dr. Abd Latiff Ahmad lagi.

Tambah beliau, GMI telah membangunkan beberapa fasa untuk penambahbaikan dalam memberikan penekanan seperti:

• Dalam bidang design dan programming

• Studienkolleg (German Foundation Studies)

• Pengkhususan Teknologi ICT dan

• Mengadakan kolaborasi dengan pihak industry.

Dalam pada itu, fokus akan diberikan kepada 10 tahun pelan transformasi untuk fasa kestabilan dan informasi seperti:

• Kajian semula perjanjian yang dibuat diantara Kerajaan Malaysia dan Jerman

• Kajian semula MAA (Memorandum & Articles of Association) melalui resolusi khas GMI

• Kajian semula komposisi Lembaga Pengarah dan fungsi

• Pendaftaran menukar MAA MAA (Memorandum & Articles of Association) dengan kebenaran SSM – KPDNKK

• Memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia perubahan yang dibuat

• Pendaftaran menukar perlembagaan GMI

• Menetapkan penanda aras untuk GMI sebagai salah sebuah institusi TVET Industri 4.0 yang teratas

“Secara keseluruhannya, pelan pemulihan adalah merupakan komitmen daripada pihak pengurusan bagi meningkatkan pendapatan dan pada masa yang sama ianya diperlukan untuk dikemaskini peralatan dan teknologi latihan agar ia sentiasa relevan untuk UR4.0.

Sokongan dan komitmen kerajaan adalah perlu kerana TVET memerlukan pelaburan yang sangat intensif terutamanya modal insan.” ujar Dr. Abd Latiff Ahmad.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...