Politik @ My LNA

Tahniah rakyat Malaysia. Ini kemenangan kita bersama! – AMANAH

66

29 Julai 2020 – Parti Amanah Negara (AMANAH) pada hari ini mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kegigihan perjuangan mereka menolak Kleptokrat yang akhirnya telah berhasil apabila Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan beliau.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH, YB Khalid ABd Samad menerusi kenyataan media yang disiarkan hari ini, kemenangan yang dicapai oleh rakyat dalam perjuangan mereka ini tidak mungkin tercapai sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai keberanian untuk menukar kerajaan pada 2018.

“Terlalu ramai yang telah berperanan dalam saga ini, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi antara pihak terawal membangkitkan isu ini, iaitu sejak 2012. Ucapan terima kasih perlu diberikan juga kepada Tony Pua, Rafizi Ramli dan beberapa yang lain yang telah menjadi juara dalam memastikan isu ini difahami oleh rakyat. Jelajah yang diadakan, khususnya oleh kedua-duanya telah merupakan pencetus kepada gerakan menolak Kleptokrat oleh rakyat jelata.

Pimpinan UMNO/BN seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal turut terkesan dengan perjuangan ini sehingga mereka terpelanting dari UMNO/BN dan kerajaan kerana menolak amalan khianat yang terdapat dalam 1MDB.

Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Pakatan Harapan, Tun Mahatir sebagai Perdana Menterinya, yang telah memulakan siasatan dan tindakan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib atas penyelewengan dan pecah amanah beliau. Ini adalah antara janji terutama di dalam manifesto PH untuk PRU 14 yang telah jelas telah ditunai PH.” ujar Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan kakitangan beliau di Jabatan Peguam Negara yang memberikan fokus untuk memastikan pendakwaan terhadap Najib dan semua golongan Kleptokrat berasaskan fakta yang kukuh dan tepat sehingga walaupun kerajaan bertukar, usaha pendakwaan dan sabit kesalahan tetap berjaya.

“Kami berharap dengan jatuhnya hukuman ke atas Najib ianya permulaan kepada kelangsungan tindakan undang-undang ke atas para Kleptokrat yang mencuri dan merompak wang negara.

Biar semua memahami rakyat ‘Malaysia Baharu’ ini tidak akan menerima amalan rasuah dan Kleptokrasi walaupun oleh pihak yang paling berkuasa di dalam bumi bertuah ini.” tambah Khalid.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan. Walau bagaimana pun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Pendekatan Akmal boleh membenihkan Ekstrimisme – Sheikh Umar

JOHOR, 1 April 2024 – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib...