AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Penubuhan Koperasi Kariah Masjid bangunkan ekonomi ummah

167

PUTRAJAYA 27 Julai 2020 – Susulan kepada titah Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong semasa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengadap Baginda pada 9 Julai 2020, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalinkan kerjasama strategik bagi meningkatkan aktiviti ekonomi ummah melalui usahawan dan koperasi melalui Penubuhan Koperasi Kariah Masjid.

Menteri MEDAC iaitu Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penubuhan Koperasi Kariah Masjid tersebut dengan keanggotaan minima seramai 50 orang dan keahlian yang terbuka kepada masyarakat setempat merupakan satu inisiatif untuk membangunkan ekonomi kariah masjid melalui aktiviti perniagaan serta mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada ahli kariah.

Sumber foto : MEDAC

“Usaha ini diambil susulan kepada titah Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong semasa saya mengadap Baginda pada 9 Julai 2020. Baginda menitahkan agar koperasi masjid dan surau ditambah lagi agar ekonomi dan kesejahteraan ummah dapat dipertingkatkan.

Berdasarkan rekod pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati sehingga Disember 2019, terdapat 446 buah Koperasi Kariah Masjid yang didaftarkan dengan keahlian 30,515 orang anggota koperasi.

Daripada jumlah tersebut terdapat 300 buah koperasi aktif , 300 buah koperasi aktif  dan 77 koperasi yang dorman” jelas Dr Wan Junaidi.

Sumber foto : MEDAC

Tambah beliau, berdasarkan kepada rekod pada tahun 2019, Koperasi Kariah Masjid telah mencatatkan pendapatan yang berjumlah hanya RM15.37 juta walaupun mempunyai jumlah keanggotaan yang tinggi iaitu seramai 30,515 orang

“Ini menunjukkan gerakan koperasi kariah masjid mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Manakala, koperasi kariah masjid yang tidak aktif dan dorman perlu dibantu untuk dipulihkan dan diperkenalkan kepada aktiviti perniagaan yang berpotensi bagi memacu keyakinan kariah di samping menyumbang kepada pendapatan.” ujar Dr. Wan Junaidi.

Jelas Menteri lagi, di samping memberi tumpuan terhadap peluasan koperasi kariah masjid, MEDAC juga mencadangkan 4 jalinan kerjasama yang boleh diterokai merangkumi:

  • Memperluaskan penubuhan koperasi masjid ke seluruh negara dalam meningkatkan kualiti kehidupan kariah masjid;
  • Menambah nilai komersil ke atas produk usahawan dan koperasi melalui pensijilan halal;
  • Memajukan tanah-tanah waqaf di seluruh negara untuk kemaslahatan ummah; dan
  • Memajukan tanah-tanah waqaf di seluruh negara untuk kemaslahatan ummah; dan

Dr. Wan Junaidi juga berharap kerjasama strategik ini akan memastikan pelaksanaan program-program pemantapan koperasi dan pembangunan usahawan melalui kerjasama antara MEDAC dan JAKIM, agensi-agensi di bawahnya serta Exco-exco Agama Negeri.

“Antara pertimbangan yang telah dimohon adalah penubuhan koperasi kariah masjid baharu dan pemulihan koperasi tidak aktif dan dorman, kerjasama khidmat nasihat dan bimbingan pensijilan halal kepada agensi-agensi MEDAC.

Turut boleh dipohon adalah usaha sama bagi memajukan tanah waqaf, meningkatkan kualiti kehidupan usahawan asnaf dan sesi padan niaga bersama agensi di bawah JAKIM, YaPEIM, JAWHAR, MAIWP, Tabung Haji, Pusat Zakat dan lain-lain bagi meneroka peluang perniagaan untuk usahawan dan koperasi.” jelas Dr. Wan Junaidi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...