AMNiaga @ My LNA

Pemulaan penyiasatan anti-lambakan ke atas import Polyethylene Terephthalate

67

28 Julai 2020 – Susulan kepada petisyen daripada Recron (Malaysia) Sdn. Bhd. kepada Kerajaan pada 30 Jun 2020, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengedarkan borang soal selidik kepada pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar asing, pengeksport dan persatuan-persatuan).

“Pada 30 Jun 2020, kerajaan Malaysia telah menerima satu petisyen daripada Recron (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah pengeluar tempatan bagi memulakan penyiasatan anti-lambakan ke atas pengimportan polyethylene terephthalate dengan kelikatan intrinsik 0.70 desiliter/gram atau lebih (dagangan subjek). Pempetisyen mendakwa dagangan subjek yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Jepun, Republik Korea, Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Viet Nam telah dilambakkan ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut dan telah mengakibatkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.

Pempetisyen mendakwa bahawa lambakan import dari negara-negara tersebut telah meningkat dari segi jumlah kuantiti dan telah mengakibatkan kemudaratan material kepadanya. Kerajaan telah mempertimbangkan bukti-bukti prima facie lambakan, kemudaratan serta hubungkait di antara kedua-duanya dan memutuskan untuk memulakan penyiasatan anti-lambakan ke atas import dagangan subjek dari negara-negara berkenaan.” maklum MITI menerusi siaran media yang diedarkan semalam.

Jesteru, selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan Peraturan yang berkaitan, suatu penentuan awal akan dibuat dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pemulaan siasatan. Sekiranya penentuan awal didapati afirmatif, maka Kerajaan akan mengenakan duti anti-lambakan sementara mengikut kadar yang ditetapkan untuk menghalang kemudaratan yang berterusan kepada industri tempatan.

“Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengedarkan borang soal selidik kepada pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar asing, pengeksport dan persatuan-persatuan). Pihak berkepentingan yang lain boleh juga mendapatkan borang soal selidik tersebut selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2020 dengan menulis kepada alamat di bawah.

Pihak berkepentingan boleh memberi pandangan dan bukti tambahan bagi menyokong siasatan ini secara bertulis kepada MITI selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 Ogos 2020. Sekiranya tiada respon atau maklumat tambahan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Kerajaan boleh membuat penentuan awal berdasarkan fakta-fakta yang sedia ada.” jelas MITI.

Maklumat lanjut mengenai penyiasatan ini boleh didapati dengan menghubungi:

Pengarah Seksyen Amalan Perdagangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7 , Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur MALAYSIA

No. Telefon : (603) 6208 4632 / 4635 / 4647 / 4638
No. Faksimile : (603) 6211 4429

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...