AMCOVID-19 @ My LNA

Kumpulan pertama rakyat Malaysia terkandas di Yaman selamat tiba

100

2 Ogos 2020 – Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 131 orang yang dilaporkan terkandas di Republik Yaman sejak Mac 2020, telah selamat tiba di tanah air menerusi pesawat sewaan khas Egypt Air pada hari ini jam 8.34 pagi. Dalam pada itu kepulangan kumpulan kedua rakyat Malaysia seramai 17 orang pula dijadualkan tiba menerusi penerbangan komersial Emirates pada 3 Ogos 2020 jam 12.55 pagi.

“Perjalanan kesemua 148 orang rakyat Malaysia tersebut telah dimulai dengan penerbangan dari Seiyoun, Republik Yaman ke Kaherah, Mesir pada 1 Ogos 2020, sebelum meneruskan perjalanan dengan dua penerbangan berasingan ke Malaysia. Rakyat Malaysia dari Republik Yaman ini terdiri daripada pelajar-pelajar persendirian yang telah menyatakan hasrat untuk pulang ekoran penularan pandemik COVID-19, serta pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian.

Sebelum ini, beberapa rancangan repatriasi oleh Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang kumpulan pelajar tersebut terpaksa ditunda atas sebab isu-isu logistik yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, pembukaan semula lapangan terbang dan penyambungan operasi penerbangan komersial oleh Kerajaan Republik Yaman telah membolehkan penerbangan sewaan khas repatriasi ini dilaksanakan. Kos repatriasi ini dibiayai secara bersama di antara Kerajaan Malaysia dengan para penumpang yang rata-rata adalah pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan” kata Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamarudin Jaffar.

Tambah beliau yang juga merupakan Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar Negeri, kesemua rakyat Malaysia ini akan menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di KLIA dan seterusnya dibawa menjalani proses kuarantin di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk pemantauan lanjut. Ini selaras dengan pengumuman YB Menteri Kanan Keselamatan pada 21 Julai 2020 mengenai prosedur kuarantin wajib selama 14 hari.

“Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Republik Yaman dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman yang telah membantu dalam usaha kepulangan rakyat Malaysia ini ke tanah air.

Pada masa yang sama, penghargaan juga turut dipanjangkan kepada Kerajaan Mesir di atas kerjasama diberikan dalam menjayakan usaha repatriasi rakyat Malaysia tersebut. Di kesempatan ini saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara akan meneruskan pemantauan situasi
semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara.” kata Kamarudin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku...