Politik @ My LNA

Pemulangan wang dari Goldman Sachs hanya bermula sejak kemenangan PH pada PRU14

70

25 Julai 2020 – Pakatan Harapan (PH) pada hari ini menegaskan bahawa Proses pemulangan wang dari Goldman Sachs ini sebenarnya hanya bermula dengan kemenangan PH dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU14.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum pemulangan RM16.6 bilion (USD3.9 bilion) dalam penyelesaian di antara Kerajaan Malaysia dan syarikat Goldman Sachs, berkait salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB. Ini menjadikan keseluruhan wang rakyat yang telah dipulangkan setakat ini berjumlah RM19 bilion. Walau bagaimanapun, proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga ke penghujungnya.

Proses pemulangan wang dari Goldman Sachs ini sebenarnya hanya bermula dengan kemenangan Pakatan Harapan dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU14.

Majlis Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha ini, termasuk Peguam Negara pada ketika itu yang telah memulakan proses perundangan demi mendapatkan keadilan buat rakyat Malaysia.” kata PH melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, PH sekali lagi mengingatkan bahawa Kerajaan PH tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs sebelum ini untuk hanya memulangkan USD1.75 bilion, kerana jumlah penuh yang dituntut adalah USD7.5 bilion.

“Pemulangan wang ini juga menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman itu.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah, termasuk individu yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai “MO1” dan Low Taek Jho (Jho Low) yang sehingga kini belum ditahan. Mereka tidak boleh dibenarkan bebas begitu sahaja.” tegas PH lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....