Home MY LNA AM Md Rayhan Kabir berjaya ditangkap, akan diusir disenarai hitam
AM

Md Rayhan Kabir berjaya ditangkap, akan diusir disenarai hitam

25 Julai 2020 – Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud memaklumkan bahawa warganegara Bangladesh yang dikehendaki, Md Rayhan Kabir telah berjaya ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya pada Jumaat di Setapak Kuala Lumpur.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama 2 minggu.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.” ujar beliau.

Tegas Dato’ Indera Khairul Dzaimee lagi, Md Rayhan Kabir akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Jabatan Imigresen Malaysia telah memohon bantuan orang awam menjejaki warganegara Bangladesh tersebut yang mencetus kontroversi susulan penampilannya dalam laporan khas disiarkan Al-Jazeera, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Md Rayhan Kabir telah membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin (PATI) ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan wabak COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...